Dari pengalaman menjadi urus setia temu duga yang lepas2 sama ada GST, Pelatih IPGM atau AKS... ingin rasanya saya berkongsi mengenai sebab2 yang mungkin boleh menggagalkan seseorang calon dalam satu-satu sesi temu duga.
Bukanlah ingin menunjuk pandai atau sebagainya tetapi saya berharap agar pendedahan ini dapat membantu calon-calon supaya memberikan yang terbaik semasa temu duga. Sebenarnya, apapun jawatan yang di pohon, jalan temu duganya adalah hampir sama iaitu dari segi penyediaan dokumen, persiapan diri dan personaliti, persediaan mental dan minda dan tawakal serta usaha.
Sekurang-kurangnya selain mengetahui punca-punca bagi kejayaan sesuatu temu duga, calon juga perlu tahu apakah sebab-sebab yang mungkin menggagalkan mereka kerana kebanyakkan calon seperti tidak dapat menerima kegagalan.
Antara sebab-sebab yang boleh menggagalkan calon temu duga adalah :-
1) Dokumen
a) Tidak membawa dokumen asal dan salinan yang dikehendaki terutama dokumen-dokumen wajib
b) Tidak membawa ijazah asal dan salinan yang lengkap (mempunyai cop mohor dan tandatangan bagi semua ruang tersedia di atas sijil / diploma / ijazah samada BM atau BI)
c) Kesilapan kepada penyediaan dokumen biasanya disebabkan calon tidak membaca semua kandungan di dalam surat panggilan temu duga
2) Personaliti / Ketrampilan
a) Tidak mengetuk pintu sebelum masuk
b) Tidak greeting
c) Tidak meletak handbag / dokumen / lain-lain carry items di tempat yang disediakan
d) Kedudukan yang betul adalah seperti duduk pengantin perempuan (lebih kurang)
e) Tidak berpakaian kemas
f) Badan / Nafas / Pakaian berbau
g) Tidak berpakaian kemas / sopan
h) Tidak berupaya memperkenal diri seringkas mungkin / tergagap-gagap
i) Tidak berupaya bertutur dengan jelas semasa sesi temu duga sehingga memaksa panel meminta jawapan di ulang
3) Ilmu pengetahuan / Pengetahuan Am
a) Tidak berupaya mengungkap bidang tugas
b) Tidak berupaya memberi huraian dan contoh-contoh kepada point yang di beri
c) Tidak mengetahui contoh-contoh terdekat atau terkini bagi pengetahuan am
d) Tidak berupaya memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan berkaitan kementerian / jabatan
4) Minda
a) Tidak yakin dan kelam-kabut